~Introduction~

Wednesday, January 13, 2010

Sektor Prindustrian

Negara kita mencapai kemajuan dalam sektor perindustrian berbanding dengan sektor pertanian. Sektor perindustrian telah banyak memberi manfaat kepada manusia.Sektor perindustrian di Malaysia terbahagi kepada pelbagai jenis. Antaranya:

a) Industri Elektrikal & Elektronik

Industri elektronik Malaysia berjaya membina keupayaan dan kemahiran yang signifikan bagi mengeluarkan rangkaian meluas peranti semikonduktor, barangan elektronik pengguna lebih canggih dan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).















b) Industri Sokongan Kejuruteraan

Industri sokongan kejuruteraan Malaysia, yang merangkumi industri-industri acuan, pemesinan, pengecapan logam, tuangan logam beracuan, rawatan haba dan penyaduran/rawatan permukaan, telah membangun dengan pesatnya dalam tempoh tiga dekad yang lalu seiring pertumbuhan menyeluruh sektor perkilangan negara ini.

c) Industri Produk Makanan

Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada keluaran perkilangan Malaysia. Makanan diproses dieksport ke lebih 80 negara, dengan eksport tahunan bernilai lebih RM6 bilion yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan eksport makanan bernilai lebih RM10 bilion.

d) Industri Sains Hayat

Industri sains hayat Malaysia merangkumi tiga sektor utama, iaitu bioteknologi, farmaseutikal dan peranti perubatan.


















e) Industri Jentera dan Kelengkapan

Kerajaan telah mengenal pasti industri mesin dan peralatan (M&E) sebagai salah satu bidang utama untuk pertumbuhan dan pembangunan. Ia akan memfokus kepada pengilangan M&E bernilai tambah tinggi dan berteknologi tinggi.









f) Industri Petrokimia dan Polimer

Industri petrokimia adalah sektor penting di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM32bilion setakat akhir 2006. Bermula sebagai pengimport petrokimia, Malaysia kini adalah pengeksport utama produk-produk petrokimia. Pelbagai produk petrokimia dikeluarkan di Malaysia seperti olefin, poliolefin, aromatik, aksida etilena, glikol, okso-alkohol, eksoksilat, asid akrilik, flalik anhidrida, asid asetik, monomer stirena, polistirena, etilbenzena, monomer vinil klorida dan klorida polivinil serta polibutilena tereftalat.
















g) Industri Berasaskan Getah

h) Industri Tekstil dan Pakaian

i) Industri Peralatan Pengangkutan

j) Industri Produk Logam Asas

0 comments:

Post a Comment

 
footer