~Introduction~

Sunday, January 10, 2010

Sektor Pendidikan




Hari ini, kami akan membincangkan bidang pendidikan di Malaysia.

Pendidikan merupakan tanggungjawab kerajaan yang sentiasa komited untuk menyediakan pendidikan yang menyeluruh untuk semua. Sistem pendidikan di Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah sehingga ke universiti. Pendidikan pratertiari (prasekolah sehingga pendidikan menengah) adalah di bawah Kementerian Pelajaran sementara pendidikan tertiari atau pendidikan tinggi, adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi. Visi Kerajaan ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang.


Pendidikan rendah dan menengah

Di Malaysia, pendidikan rendah (bagi tempoh 6 tahun) dan pendidikan menengah (5 tahun iaitu 3 tahun menengah rendah dan 2 tahun peringkat menengah atas) menjadikan tempoh pengajian percuma di negara ini ialah selama 11 tahun.
Usia untuk diterima masuk ke tahun pertama persekolahan rendah ialah tujuh tahun. Persekolahan peringkat rendah adalah wajib untuk semua kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun. Pelajar akan menduduki peperiksaan awam pada akhir peringkat pengajian rendah, menengah rendah dan menengah atas.



Pendidikan Lepasan Menengah
Selepas menamatkan pendidikan menengah, para pelajar boleh memilih untuk meneruskan pengajian selama satu atau dua tahun, iaitu kursus persediaan kemasukan universiti. 12 tahun pendidikan di sekolah merupakan kriteria asas sebelum meneruskan tahun pertama program ijazah muda di institusi pengajian tinggi.

Pendidikan Tertiari
Pada peringkat tertiari, institusi pengajian tinggi menawarkan kursus yang menganugerahkan sijil, diploma, ijazah pertama dan kelayakan ijazah sarjana dan doktorat (dalam bidang akademik dan profesional). Tempoh pengajian bagi program asas ijazah ialah 3 tahun dan kursus-kursus pengajian pada peringkat ini ditawarkan oleh sektor pendidikan awam dan juga swasta, dan telah menarik ramai pelajar antarabangsa.
Penyedia pendidikan tertiari terdiri daripada dua kumpulan besar iaitu:

* Institusi Pendidikan Tinggi Awam (dibiayai kerajaan) seperti universiti awam/tempatan, politeknik, kolej kemasyarakatan dan insitusi latihan perguruan.
* Institusi pendidikan tinggi swasta (dibiayai sendiri) seperti universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti luar negara dan kolej swasta.



Institusi Pendidikan Dibiayai Kerajaan
Kerajaan menyediakan lebih daripada 95% pendidikan rendah dan menengah serta 60% pendidikan tertiari, manakala selebihnya disediakan oleh sektor swasta.

Institusi Pendidikan Swasta
Pembekal pendidikan swasta di Malaysia boleh digolongkan dalam dua kumpulan bergantung kepada peringkat pengajian yang ditawarkan, daripada peringkat prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Dua kategori pendidikan swasta ialah:

* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang menyediakan pendidikan daripada tahap pra-sekolah, rendah dan menengah, iaitu terdiri daripada sekolah swasta dan sekolah sistem luar negara.
* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang menyediakan pendidikan tertiari yang mengeluarkan serta menganugerahkan sijil, diploma, dan kelayakan ijazah.

Mari kita bersama-sama melihat contoh-contoh Universities di Malaysia





0 comments:

Post a Comment

 
footer