~Introduction~

Tuesday, January 19, 2010

Pusat Pelancongan Malaysia



Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic ) terletak di 109 Jalan Ampang Kuala Lumpur merupakan pusat maklumat pelancongan yang ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat berkaitan pelancongan di Malaysia. Bangunan MaTic ini dibina pada tahun 1935 merupakan bekas kediaman seorang jutawan lombong dan ladang yang bernama Eu Tong Seng. Bangunan yang mempunyai nilai sejarah dan senibina kolonial ini telah dipulihara sebagai warisan sejarah dan di jadikan pusat sehenti bagi pelancongan mendapatkan maklumat pelancongan di Malaysia.



Bangunan MaTic ini mempunyai sejarahnya tersendiri di mana ia pernah menjadi ibupejabat tentera British pada tahun 1941 dan di ambil alih oleh tentera Jepun semasa penaklukkan Jepun ke atas Tanah Melayu sehingga tahun 1945. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan pengunduran Jepun dari Tanah Melayu, Kerajaan Persekutuaan Tanah Melayu pula mengambil alih bangunan ini dan dijadikan dewan persidangan pada tahun 1956.





MaTiC merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Pelancongan yang diterajui oleh YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen. Pusat ini telah dinaiktaraf menjadi 'One Stop Centre' pelancongan yang menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi pelancong samada dalam atau luar negara seterusnya untuk mempertingkatkan lagi industri pelancongan negara.



Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunter penerangan pelancongan, kaunter polis pelancong, E-Portal Pelancongan, Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Kraft Saloma, Mesin ATM, Pengurup Wang, Karyaneka, Kaunter Tiket Bus Hop On Hop Off dan sebagainya.



Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi sepanjang tahun termasuk aktiviti tetap seperti persembahan kesenian muzik dan tarian yang diadakan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu setiap minggu jam 3.00 - 3.45 ptg bertempat di Mini Auditorium, MaTiC dan tiket masuk hanyalah RM 5.00 sementara kanak-kanak di bawah umur 12 tahun percuma.

0 comments:

Post a Comment

 
footer